April 09, 2009

Pengalaman kawan; Hilmi Hamdan face to face dgn TG Nik Abdul Aziz kat alharam


dipetik dari

http://hilmi-albesuti.blogspot.com/2009/04/masjidil-haramsuatu-kenangan.html

Suatu hari di Masjidil Haram...

Teringat aku soalan karangan BM darjah 6 dulu, “tulis SATU karangan bertajuk pengalaman manis dalam hidup anda tidak kurang dari 120 words”. So, kali ni, sebelum disuruh, aku nak kongsi dulu sedikit pengalaman yang aku kira antara yang manis la. Walaupun takde pengajaran sangat, aku nak kongsi jugak. Walaupun tak best pun, tak kire, aku nak kongsi jugak. 


Peristiwa ini berlaku sewaktu aku mengerjakan Umrah selama 12 hari bersama Abi, Ummi dan Abe pada bulan Mei 2008 yang lalu. 4 hari pertama di Madinah Al Munawwarah, Alhamdulillah aku dapat merasakan kelazatan beribadah di “Raudhah”. 8 hari berikutnya kami berada di Makkah Al Mukarramah.




Suatu hari, pada waktu maghrib, seperti biasa aku ke masjidil Haram setengah jam sebelum orang azan dan Alhamdulillah dapat duduk di kawasan bawah atap, tetapi dapat lihat Ka’bah As-Syarif dengan jelas. Sedang asyik mengaji, tiba-tiba datang seorang pak cik tua solat sunat di sebelah aku. Aku teruskan mengaji. Malas nak berpaling tengok, takut ganggu solat dia. Selepas dia selesai solat, aku berpaling menghulurkan tangan untu bersalam. Alangkah terkejut dan tak terkata-katanya aku bile pandang wajah pak cik tu. Aku mengenalinya dan aku mengaguminya. Nak tau sape? Orang di sebelah aku itu adalah Tuan Guru Hj Nik Aziz b Nik Mat, seorang ulama pemimpin gerakan Islam di Malaysia dan Menteri Besar. Abe di belakang dah jelling-jeling supaya aku buka ruang untuk dia duduk di situ jugak.

“Tok Guru nok Quran?”, aku mulakan kata-kata. “buleh jugok”. Selepas memberikan Quran wakaf di masjid itu kepada beliau, aku duk senyap je sampai solat maghrib bermula. Tak percaya rasanya orang yang solat di sebelahku adalah seorang ulama yang sangat aku kagumi. Bahu kami bersentuhan. Selepas habis solat, tok guru sekadar berzikir sambil sebelah kakinya berlunjur ke depan. Mungkin beliau letih. Aku tekad, malam ni aku nak berbual panjang dengan tokoh itu. “ Tok guru sihat ko loni?”. “dop berapo sihat siket, cepat lenguh”, jawabnya lembut. Dari riak wajahnya, beliau memang agk kurang sihat. 

Aku tahu Tok Guru pernah sekelas dengan Tok Ki aku semasa zaman belajar di besut dulu, so, aku pun mulakan perbualan. “Ana ni cucu Ust Wan Hassan Besut, tok guru kenal kan?” selepas itulah Tok Guru banyak menceritakan kisah hidup susah payah semasa dia belajar bersama Tok Ki. Beliau banyak tanya aku tentang ustaz-ustaz sahabat lamanya di Besut “ Kenal tak ust yusof? Kenal tak ust nu, ust ni, ust…..” Aku sekadar mengangguk sebab aku tak kenal sangat pun orang-orang yang disebutnya. Jugak banyak Tok Guru Nik Aziz bagi nasihat tentang belajar. Aku sekadar mendengar. Sambil berbual, aku mengurut pahanya. Nikmat rasanya dapat berbual dengan seorang orang soleh. 

Kami berbual sampailah Isyak. Sebagai kenangan aku bergambar sekeping dua dengan Tok Guru. Disebabkan aku tak bawa camera kerana takut dirampas pihak Polis, aku pinjam yang Ku Ya punya, bodyguard Tok Guru. (sampai sekarang belum dapat softcopy gambar tu, harap-harap dapat jumpa Ku ya selepas ni).

Sepanjang bersama beliau, aku dapat lihat betapa zuhudnya menteri besar Kelantan itu. Beliau ke masjid hanya bersama Ku Ya dan seorang cucunya. Takde polis yang mengawasi sebagaimana pemimpin-pemimpin lain. Pakaiannya sangat simple, berjubah putih berkopiah lembik. Kalau orang tengok pun, orang tak percaya beliau adalah pemimpin Negara. Jam tangannya jenama Casio je. Aku rasa jam aku lebih mahal. Semasa membaca Quran, aku dapati, sewaktu aku dah habis 3 muka surat, Tok Guru masih lagi di helaian yang sama. Aku yakin beliau bukan sekadar membaca, tetapi mentadabbur dan menghayati maksud ayat satu persatu. Setiap kali ada orang Malaysia yang lalu, diorang akan berhenti dan bersalam dengan Tok Guru. Pak Arab di sebelah dah pandang pelik. Mungkin dia pelik kenapa ramai orang melayu bersalam dan cium tangan Tok Guru..

Apapun, malam itu merupakan pengalaman berharga buatku. Bukan mudah untuk berjumpa, dan berbual secara personal hamper setengah jam lebih dengan seorang ulama yang disegani. 

YA ALLAH, SEBAGAIMANA KAU KUMPULKAN AKU BERSAMA ULAMA INI DI HADAPAN KA’BAHMU INI, MAKA KAU KUMPULKAN JUGA AKU BERSAMA PARA ULAMA, PARA WALI, DAN PARA SYUHADA DI PADANG MAHSYARMU NANTI..

AMEEN…

dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (fathir: 28)

ada betulnye

muhd bukan org politik, bukan taksub politik, seorang pelajar, masih lagi belajar cara berfikir.

tersentuh hati bila TG Nik Abdul Aziz, cadangkan penggabungan UMNO dan PAS.

satu artikel dipetik dari blog Dr. Mohd Asri Zainul Abdidin (http://drmaza.com/home/?p=441)

Umno Perlu Majlis Ulama

“Satu hakikat yang sukar untuk dinafikan oleh sesiapa pun adalah UMNO pada hari ini begitu tenat dengan berbagai penyakit yang tidak putus mengunjungi tubuh parti itu. Sebagai seorang rakyat dan pengkaji Islam, saya rasa beberapa cadangan perlu dikemukakan kepada UMNO, mudah-mudahan penyakitnya itu boleh diubati. Cadangan ini perlu dibuat di atas sebab di tangan parti tersebut masih ada kuasa pemerintahan yang mana pergolakannya akan memberi kesan kepada sekelian rakyat. Berikutnya, kembalinya parti tersebut kepada landasan yang betul dapat menyelamat umat Islam yang berada dalamnya.



Saya dengan ini mencadangkan agar UMNO mengambil langkah berani dengan menubuh Majlis Ulama parti berkenaan. Namun, penubuhan itu bukan sekadar mengujud sebuah replika tanpa fungsi, sebaliknya hendaklah Majlis Ulama tersebut berperanan membimbing perjalanan parti selaras dengan kehendak Islam dalam segala aspek. Tokoh-tokoh agamawan yang jujur, amanah dan progresif yang cintakan parti itu diberi kebebasan untuk membetulkan UMNO. Sekaligus kemelayuan UMNO itu akan kelihatan begitu terikat dengan prinsip-prinsip Islam secara syumul. Jika tidak, dengan pergolakan yang ada sekarang UMNO akan terus kehilangan ruh islami. Sebaliknya, ia akan menjadi padang perlumbaan kuasa yang sebahagian besar mereka bercita-cita mengaut kekayaan harta.

Dengan wujudnya Majlis Ulama yang progresif, diharapkan ahli-ahli UMNO sentiasa berada dalam disiplin dan diberi kesedaran tentang tanggungjawab kuasa adalah bagi melaksanakan amanah Allah dengan bijaksana dan jujur. Namun hendaklah dipastikan bahawa Majlis Ulama itu didokongi oleh mereka yang tidak takut melainkan Allah, bukan ulama fulus yang dalam sejarah UMNO telah banyak merosakkannya”.

muhd rase, kalau cadangan ini diterima pakai, senang hati boleh tengok Malaysia jadi negara Islam

TG Nik Abdul Aziz pun boleh tersenyum, ringan sikit beban kerja Islam

Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) Yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang Luas lagi subur), Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun! (saba': 15)

April 01, 2009

syukran kathir =)

abg hamdan keletihan. abg hanifah main hp xingt dunya
abg hamdan baru balik dari hay 'ashir, then terus teman muhd ke hospital fransawi
abg hamdan banyak dah tlg muhd
xtau nak balas mcm mane



Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., baginda telah bersabda, "Barangsiapa yang meringankan salah satu daripada kesusahan org mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu daripada kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang memudahkan (membantu dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan (berhutang), maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya.......