June 17, 2009

Allah sayang Ammar :)

gambar2 sepanjang pengebumian Ammar

thanks to criestz

Hijjaz- Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati



terasa sangat sangat sangat sangat sangat rindu kat Ammar
rindu nak dengar Ammar berkata2
rindu nak tengok Ammar senyum
rindu nak lihat Ammar bersemangat buat keje2 kebajikan
rindu nak tengok Ammar dengan kamera canggihnye
rindu nak dengar lawak2 Ammar

Ammar teman sejati :)

June 12, 2009

menjenguk ammar sayang

Ammar memang hebat
buktinya:
dah berbulan muhd buat blog ni, pengunjungnya hanya 700.
kurang dari tempoh 24 jam, blog ni dah hampir mencecah 3000 viewers!

muhd tak boleh nak tido
dari tadi teringat waktu2 dgn Ammar dulu.





ramainya yang datang nak tolong mendoakan Ammar



muslimat pun tak ketinggalan datang ziarah Ammar


kenapa Ammar sorang2 kat situ? :'(
sdeynye !!!!!!!!!!!!


Ammar dah nak tinggalkan kami



bubye Ammar
tah bila kami plak yg menyusul

muhd nk jadi soleh macam Ammar :'(

June 11, 2009

a tribute for ammar sayang


"salam syed, boleh minta tlg susun kerusi dewan kat ARMA tak?" Ammar call meminta tolong. ada program PERUBATAN kat ARMA, so dia minta tolong org kat ARMA susunkan kerusi.

bila tugas muhd dah selesai, Ammar call smula.
"syukran syed" (budi bahasa Ammar sangat2 tinggi, betul, tak tipu !!!)

lebeh kurang la kata2 Ammar tu. AMMAR ZULKIFLI sangat2 famous dgn lemah lembut bahasanya. perkataan2 Ammar memang boleh buat orang sangat2 senang hati dengan die. jujurnya, diala antara kawan2 muhd yg paling MULIA gaya bahasanya.

Ammar sangat2 petah berbicara. setiap ayat yg die lontarkan bukan ayat2 kosong, memang ade benda baru yang boleh kita ambil pengajaran. mase Ammar sempat belajar kat Darul Quran satu sem, memamg tak pelik la Ammar jadi timbalan pengerusi student persijilan.


masa ni, Ammar tengah jadi MC untuk muhasabah sem 1 persijilan tahfiz DQ/IIUM

rakan-rakan sekerja IQ RaC 06/07

muhd rapat dengan Ammar Zulkifili mase die kat DQ. sbb ktorg keje same2 as a team. sampai kat Mesir, kami tinggal berlainan rumah, dan kami belajar dalam batch yang berlainan.

biasanya, muhd digembirakan dengan berite kawan2 nikah. tapi kali ini, kali PERTAMA muhd disedihkan dengan berita kawan; Ammar meninggal dunia

ALFATIHAH

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat nanti segala pahalamu akan disempurnakan. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah mendapat kejayaan yang sebenarnya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan" ( Aali Imran: 185 )